Monday, July 27, 2009

H1N1: Perlis catatkan kes pertama, empat pelajar Unimap sah ada simptom

KANGAR: Perlis mencatatkan kes Influenza A (H1N1) pertama apabila empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disahkan menghidapi simptom selsema itu. Empat pelajar terbabit dikesan memiliki tanda-tanda H1N1 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Jumaat lalu dan kini dikuarantin di rumah khas di kolej kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mahani Yusof, berkata selain empat pelajar terbabit, satu lagi kes dikesan Sabtu lalu membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu. Beliau berkata, ia dikesan mempunyai simptom H1N1 selepas pulang daripada aktiviti perkhemahan di Melaka.

No comments:

Post a Comment

CR4 - Forum: Chemical & Material Science

Suite101: Engineering Articles

Boeing: News Releases

Moving Your World