Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Majlis Santapan Malam


Jumaat, 14 Ogos 2009 majlis Santapan Malam atau lebih dikenali sebagai Majlis Santapan Di Raja Sempena Istiadat Konvokesyen yang ke-4 UniMAP diadakan bermula pada pukul 8.00 malam. Majlis tersebut dimulakan dengan kehadiran para jemputan, Naib Canselor UniMAP & isteri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti & isteri, Dif-dif Kehormat, Menteri Pengajian Tinggi & isteri, Menteri Besar Perlis & isteri dan akhir sekali ketibaan DYTM Canselor DYTM Pro Canselor UniMAP.



Memandangkan ini adalah kali pertama PPK Mekatronik dipertanggungjawabkan untuk majlis ini maka agak kelam kabut juga suasana ketika pendaftaran. Kata nak datang seorang tapi datangnya berdua, Yang tak jadi datang tiba-tiba datang pun ada, Yang tiada dalam senarai tapi datang pun ada. Tapi semua masalah tu dapat diselesai dengan bantuan daripada unit dan jabatan lain yang mempunyai pengalaman tentang majlis ini seperti Jabatan Perpustakaan, UKKP, Jabatan Naib Canselor, Unit perhubungan antarabangsa, kebudayaan, multimedia dan lain-lain lagi.



Ada ketua jabatan yang merajuk kerana tempatnya diduduki tetamu, siap marah-marah lagi. Hairan ya, kita warga universiti ini menganjurkan program ini samalah seperti menjadi tuan rumah kenduri kepada tetamu yang hadir, kalaulah tuan rumah yang merajuk tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Buat malu jerrr. Duduk jerr la kat mana yang kosong, banyak lagi tempat yang kosong, semuanya sama jerrr. Insiden merajuk tersebut sebenarnya telah mendedahkan kelemahan dirinya sendiri. Antara selebriti yang hadir ialah Datuk Jins Shamsudin, Datuk Sheila Majid dan Fauzi Marzuki.

Oh ya lupa pulak, Konsep untuk Majlis ini adalah "Journey to the seven oceans" jadi penuh la segala mak nenek yang bersangkutan dengan lautan macam ikan, siput, kuda laut, ikan duyung (pengacara Pompuan) dan Raja Laut @ Neptune (Pengacara Lelaki). Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani MOU antara UniMAP dengan beberapa syarikat yang terpilih. Semua acara rasanyer dah ok cuma satu acara jer yang tiada, mungkin terlepas pandang agaknya, acara Doa. Persembahan Datuk Sheila Majid sangat menghiburkan. Majlis tamat pada pukul 12.00 malam.






Monday, August 10, 2009

EAC OH EAC

EAC ( Engineering Accreditation Council) datang kembali, setelah membuat lawatan dan penilaian pertama pada awal tahun 2009, untuk program Kejuruteraan Mekanikal. Dijangka datang pada 19 dan 20 Ogos 2009. Maka bermulalah episod pulang ke rumah pukul 10.00 malam. Pada masa lawatan pertama terdetik perasaan gelihati melihat karenah penilai yang memang datang untuk mencari kelemahan. Memang cukup mudah kalau kita nak cari kelemahan orang lain dan kalau nak dicatatkan memang tak cukup kertas.

Antara karenah yang paling tak dapat dilupakan ialah bila melihat penilai yang agak tua orangnya berjalan di dalam lab, mula-mula masuk dia melihat terdapatnya soket bekalan elektrik atas lantai (besar saiznya), kemudian telah diberitahu oleh pengiringnya tentang kewujudan soket tersebut. Saja jer dia buat tak endah dan berlakon seolah-olah tersepak soket tersebut, kemudian terus dia mengambil gambar sebagai bukti. Untuk lawatan yang kedua ni, kalau nak berlakon pun biarla betul-betul, barula nampak real sikit. Buat-buatla tersepak sehingga tersungkur barula penonton tak meluat tengok lakonan kita yang berkesan tu.

Kalau dilihatnya keputusan laporan yang telah dibuat, rasanya tak berbaloi kerja sehingga 10.00 malam semata-mata untuk menyiapkan dokumen tersebut. Pada masa lawatan mereka dilayan seperti raja, bagaikan menatang minyak yang penuh. Apa yang menghairankan bila dibandingkan laporan dengan program lain dibawah satu pentadbiran, yang dinilai oleh panel penilai yang lain, laporannya yang lebih positif padahal tindakan perlu dilakukan oleh pusat bukannya peringkat program seperti tiada paparan PEO universiti dalam buku panduan kemasukan. Buku dan isi kandung yang sama digunakan oleh semua program.

Bila berlakunya lawatan kedua bermakna ada pihak yang kurang berpuas hati dengan cara penilaian tersebut dibuat, secara tak langsung kredebiliti panel penilai tersebut diragui. Banyak cerita yang negatif telah didengari berkenaan dengan para penilai tersebut. Beberapa andaian dan spekulasi yang kurang menyenangkan telahpun timbul.


CR4 - Forum: Chemical & Material Science

Suite101: Engineering Articles

Boeing: News Releases

Moving Your World