Jumaat, 14 Ogos 2009 majlis Santapan Malam atau lebih dikenali sebagai Majlis Santapan Di Raja Sempena Istiadat Konvokesyen yang ke-4 UniMAP diadakan bermula pada pukul 8.00 malam. Majlis tersebut dimulakan dengan kehadiran para jemputan, Naib Canselor UniMAP & isteri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti & isteri, Dif-dif Kehormat, Menteri Pengajian Tinggi & isteri, Menteri Besar Perlis & isteri dan akhir sekali ketibaan DYTM Canselor DYTM Pro Canselor UniMAP.
Memandangkan ini adalah kali pertama PPK Mekatronik dipertanggungjawabkan untuk majlis ini maka agak kelam kabut juga suasana ketika pendaftaran. Kata nak datang seorang tapi datangnya berdua, Yang tak jadi datang tiba-tiba datang pun ada, Yang tiada dalam senarai tapi datang pun ada. Tapi semua masalah tu dapat diselesai dengan bantuan daripada unit dan jabatan lain yang mempunyai pengalaman tentang majlis ini seperti Jabatan Perpustakaan, UKKP, Jabatan Naib Canselor, Unit perhubungan antarabangsa, kebudayaan, multimedia dan lain-lain lagi.
Ada ketua jabatan yang merajuk kerana tempatnya diduduki tetamu, siap marah-marah lagi. Hairan ya, kita warga universiti ini menganjurkan program ini samalah seperti menjadi tuan rumah kenduri kepada tetamu yang hadir, kalaulah tuan rumah yang merajuk tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Buat malu jerrr. Duduk jerr la kat mana yang kosong, banyak lagi tempat yang kosong, semuanya sama jerrr. Insiden merajuk tersebut sebenarnya telah mendedahkan kelemahan dirinya sendiri. Antara selebriti yang hadir ialah Datuk Jins Shamsudin, Datuk Sheila Majid dan Fauzi Marzuki.
Oh ya lupa pulak, Konsep untuk Majlis ini adalah "Journey to the seven oceans" jadi penuh la segala mak nenek yang bersangkutan dengan lautan macam ikan, siput, kuda laut, ikan duyung (pengacara Pompuan) dan Raja Laut @ Neptune (Pengacara Lelaki). Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani MOU antara UniMAP dengan beberapa syarikat yang terpilih. Semua acara rasanyer dah ok cuma satu acara jer yang tiada, mungkin terlepas pandang agaknya, acara Doa. Persembahan Datuk Sheila Majid sangat menghiburkan. Majlis tamat pada pukul 12.00 malam.
No comments:
Post a Comment