Thursday, July 16, 2009

UniMAP tawar kerjasama dengan Indonesia

16 Julai 2009 / 23 Rejab 1430

KANGAR 15 Julai - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) Indonesia terutama dalam aspek pendidikan yang berteraskan kejuruteraan bagi keuntungan Kuala Lumpur dan Jakarta.Naib Canselornya, Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, langkah itu diambil setelah UniMAP mendapati masih banyak ruang terutama dalam teknologi pendidikan yang boleh diterokai oleh kedua-dua pihak kerana UniMAP dan IPT di Indonesia memiliki kepakaran yang berbeza.Katanya, kesediaan UniMAP itu telah dibuktikan melalui kerjasama sedia ada yang masih berterusan antara UniMAP dengan pelbagai IPT atau universiti terkemuka di republik berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin menyampaikan cenderamata kepada Tuan Ismail Tuan Abdullah sambil diperhatikan oleh Dr. Junaidi Abu Bakar (kiri) dan Dr. Kamarudin Hussin di Dewan Kapitol, Kangar, semalam.


''Sehingga kini, UniMAP telah menandatangani 10 perjanjian persefahaman (MoU) dengan IPT Indonesia sejak tahun 2005,'' ujarnya.Katanya, antara 10 universiti Indonesia yang telah mengadakan MoU dengan UniMAP itu termasuklah Universiti Sumatera Utara, Institut Pertanian Bogor, Universiti Jenderal Soedirman, Universiti Diponegoro, Institut Teknologi Bandung dan Universiti Gadjah Mada.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Syarahan Umum Antarabangsa di Dewan Kapitol di sini hari ini.Syarahan itu dikendalikan oleh Menteri Penasihat (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Dr. Junaidi Abu Bakar dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tuan Ismail Tuan Abdullah yang juga bekas Penasihat Agama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro-Canselor UniMAP turut berangkat ke majlis berkenaan.Naib Canselor UniMAP juga memberitahu, antara kerjasama dengan 10 universiti Indonesia itu termasuklah mengadakan pertukaran pelajar dan berkongsi kepakaran terutama aspek bidang kejuruteraan.''Suka saya memaklumkan buat pertama kali dalam sidang akademik yang baru mendaftar minggu lalu, UniMAP menerima enam pelajar dari Indonesia untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa manakala seorang lagi mengikuti program pertukaran pelajar.''Jika dilihat daripada aspek tenaga pengajar dan pengajian pasca siswazah pula, UniMAP turut mempunyai 17 tenaga pengajar dari Indonesia dan 17 pelajar pasca siswazah,'' jelasnya.

No comments:

Post a Comment

CR4 - Forum: Chemical & Material Science

Suite101: Engineering Articles

Boeing: News Releases

Moving Your World