Thursday, July 16, 2009

Gunung Keriang akan dinaik taraf

16 Julai 2009 / 23 Rejab 1430

ALOR SETAR 15 Julai - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan melakukan kerja-kerja naik taraf Taman Rekreasi Gunung Keriang di sini untuk menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.Datuk Bandar, Khazali Din berkata, taman tersebut sudah mempunyai kemudahan untuk para pelancong namun ia dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab."Bila saya membuat tinjauan ke kawasan tersebut, kemudahan awam seperti tandas diconteng dan tidak terjaga."Kita sendiri yang rugi apabila tempat-tempat menarik seperti Gunung Keriang kurang mendapat sambutan pelancong," katanya di sini hari ini.Jelasnya, MBAS telah membuat beberapa perancangan untuk menjadikan taman tersebut sebagai pusat riadah di bandar raya ini.

"Kita akan mendirikan pagar di sekeliling taman tersebut bagi mengelakkan barang-barang awam di taman tersebut dirosakkan."Pengawal keselamatan juga akan ditugaskan menjaga kawasan taman rekreasi ini bagi mengelakkan harta awam dicuri," katanya.Tambah Khazali, landskap taman di kawasan tersebut juga akan diubah dan ditanam dengan pokok-pokok yang lebih menarik untuk menceriakan tempat tersebut."Kita mahu taman ini menjadi salah satu tempat pelancongan popular di bandar ini kerana ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

"Kita juga akan membina tangga batu untuk membolehkan para pengunjung naik ke puncak Gunung Keriang bagi melihat pemandangan yang menarik di puncak," jelasnya.Dalam pada itu, kata Khazali, kempen bersih dan indah bandar Alor Setar akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan tahap kebersihan bandar ini mencapai tahap yang ditetapkan."Dalam tempoh sebulan sebanyak 20 orang awam dikenakan kompaun RM20 kerana didapati bersalah membuang sampah merata-rata."Pegawai penguat kuasa MBAS akan sentiasa memantau orang ramai yang sengaja membuang sampah merata-rata untuk mendidik orang ramai supaya prihatin dan tidak berbuat demikian,'' ujarnya.

No comments:

Post a Comment

CR4 - Forum: Chemical & Material Science

Suite101: Engineering Articles

Boeing: News Releases

Moving Your World