Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my
PADANG BESAR 13 Mei – Universiti Malaysia Perlis (Uni MAP) diminta menghasilkan pe lbagai teknologi pertanian untuk disalurkan kepada petani agar kum pulan sasar itu memiliki pen dapatan berganda secara berterusan dalam bidang itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Md. Isa Sabu berkata, teknologi baru ciptaan tempatan lebih mudah disalurkan ke pada kumpulan sasar yang terdiri daripada rakyat Perlis sendiri.
“Saya percaya UniMAP berkebo lehan untuk membawa arus peru bahan yang baik kepada petani dan peladang. Arus perubahan itu ten tulah bermula dengan hasil kajian dari Stesen Penyelidikan Agrotekno logi UniMAP sendiri.
“Saya yakin stesen ini akan mem buahkan beberapa teknologi baru yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Perlis yang sebilangan besar masih bergantung kepada kegiatan perta nian sebagai sumber pendapatan me reka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika be rucap pada majlis perasmian Stesen Penyelidikan Agroteknologi Uni MAP di Sungai Chuchuh di sini hari ini.
Raja Perlis, Tuanku Syed Siraju ddin Putra Jamalullail merasmikan stesen tersebut.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fau ziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Katanya lagi, bantuan UniMAP un tuk menjana sektor pertanian Perlis sangat diharapkan demi masa depan negeri itu dan negara.
“Perlis mempunyai lebih 23,000 hektar kawasan padi, lebih 4,3000 hektar kebun getah dan beribu hektar lagi ladang buah-buahan, sayu-sayu ran dan tanaman kontan.
“Ini membuktikan satu pertiga da ripada penduduk Perlis bekerja se bagai petani, penternak atau peke bun kecil,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau, se kiranya bidang pertanian cemerlang di Perlis, sudah tentu kumpulan itu akan menikmati pendapatan dan ta raf hidup yang tinggi seperti mana di negara maju.
No comments:
Post a Comment