
"Kebanyakan usahawan wanita mengalami masalah untuk menyalurkan produk ke pasar raya kerana pembungkusan yang kurang menarik dan masalah pemasaran. "Pihak kami akan membantu mereka untuk memasarkan produk keluaran mereka secara profesional di enam rangkaian Pasar Raya Pendang di seluruh negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mini Ekspo Karnival Silaturahim dan Ekonomi (Karsep 2010) dan Perasmian Pasar Raya Pendang di Taman Wawasan di sini hari ini.
Pelancaran Mini Ekspo Karsep 2010 dan perasmian pasar raya tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan diserikan dengan kehadiran chef terkenal, Datuk Ridzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Bagaimanapun, kata Shakri, tidak ada caj yang dikenakan kepada usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka melalui Pasar Raya Pendang. "Mereka hanya perlu letakkan produk mereka di sini dan kami akan membantu memasarkan produk mereka.
"Penyertaan kaum bumiputera dalam bidang keusahawanan juga semakin meningkat dan peluang ini dibuka bagi memantapkan lagi peluang perniagaan kaum bumiputra," katanya. Dalam pada itu, Shakri menambah, pihaknya akan mengadakan Karsep terbesar pada 9 hingga 12 Disember tahun ini di Dewan Wawasan, Kubang Pasu dengan melibatkan usahawan dari Thailand dan Indonesia. "Pada tahun lepas kita buat di Pendang dan sambutan yang diterima amat mengagumkan. "Karsep tahun ini akan lebih menarik kerana usahawan dari negara-negara jiran akan turut serta dan ini memberikan ruang kepada usahawan tempatan mendapatkan jaringan baru," jelasnya.
Sumber: Utusan Malaysia 01/05/2010
No comments:
Post a Comment