Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk “Ijazah UniMAP Tidak Diiktiraf” oleh Abang Prihatin, Bangi, Selangor yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 6 Ogos 2009.
Pengiktirafan sesuatu kelayakan bagi bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya adalah bergantung pada akreditasi oleh lembaga/badan profesional yang mengawal pengamalannya. Bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah di bawah seliaan Majlis Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM).
Sebanyak lapan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) belum mendapat akreditasi EAC-BEM. Oleh itu, kelayakan ijazah kursus-kursus berkenaan belum dapat diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
Namun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan pada 13 Disember 2007 telah memutuskan untuk mengiktiraf kelayakan berkenaan setaraf Ijazah Sarjana Muda Kepujian secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Keputusan Kerajaan ini dibuat bagi melayakkan graduan berkenaan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam bagi jawatan yang tidak mensyaratkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
21 Ogos 2009
Sunday, October 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CR4 - Forum: Chemical & Material Science
- SS 304 application - 2/9/2022 - arunavamukerji
- Bonderite 880E - 1/16/2022 - ENGINEERING360ARIF
- What type of Car Stain is it? How to Remove it? - 11/3/2021 - Robotics Engineer
- QuickBooks Pro Support Number #1-808-900-3847 | Quickbooks Pro Support Phone Number | 24 Hour - 5/31/2021 - gosiorg
- Hydrogen from Iron - 5/8/2021 - HiTekRedNek
Suite101: Engineering Articles
Error loading feed.
Boeing: News Releases
Error loading feed.
Moving Your World
- How Wind Farms Harvest Energy Savings
- New Quadruped Robot Takes Big Strides Toward Saving Lives
- Ten Tips to Optimize Servo Hydraulic Machines for Long Term Productivity
- Electro-Hydrostatic Actuation Proves Itself in Next-Generation Machines
- Hydraulic motion control puts Formula 1 performance on a whole new track
No comments:
Post a Comment