1. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur…
Anda seharusnya bersyukur kepada Illahi kerana telah diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan, diberikan peluang untuk melakukan sesuatu yang terbaik pada hari ini berbanding hari kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Sebelum anda melangkah ke tempat kerja, pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya dan anda ingin melakukan yang terbaik untuk hari ini. Anda boleh membaca beberapa artikel-artikel motivasi pendek dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper mengenai gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia akan menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Anda boleh mengikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas. Apabila anda bermotivasi, anda akan lebih ceria dan bersemangat untuk melakukan kerja.
4. Dalam Apa Jua Perkara Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Apabila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja. Jika anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Apabila masuk ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
6. Setkan Target Kemajuan Diri Sendiri
Apabila telah keluar dari rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari itu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) selepas itu, apabila petang balik rumah, berehat, makan, minum, selepas itu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, di situ sahaja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Setkan target apa yang anda mahu capai, lagi baik setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda hendak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang pekerja, setkan berapa tugas yang anda nak siapkan dan setkan limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai daripada kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala sengketa yang dulu-dulu. Maafkan orang pada waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung untuk berkerja. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Tips Kerjaya: Unit Kaunseling dan Kerjaya UniMAP.
No comments:
Post a Comment