Sunday, September 20, 2009

Laman Web Rasmi UniMAP muncul laman web TERBAIK antara IPTA di Malaysia

KANGAR- Laman web rasmi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada di tangga kelima dari 1,192 laman web yang dinilai di seluruh Malaysia pada tahun 2009.

Perkara itu itu diumumkan Malaysia Government Portals and Website Assessment (MGPWA 2009) yang diselenggarakan Multimedia Development Corporation (MDeC) dalam laman webnya www.mscmalaysia.my.

Laman Web UniMAP memperolehi 76 mata berbanding 41 mata diperolehi UniMAP dua tahun lalu yang hanya meletakkannya di tangga ke 33 .

Peningkatan sebanyak 35 mata itu juga sekaligus membolehkan laman web UniMAP berada di tangga teratas dari 20 laman web universiti di seluruh Malaysia.

Pencapaian ini membuktikan universiti yang baru berusia tujuh tahun ini tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat, malahan mampu bergerak seiring bersama universiti-universiti yang lebih senior.

Bagi Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato` Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, pencapaian tersebut membuktikan kewibawaan Laman Web Rasmi UniMAP untuk bersaing dengan laman web universiti lain yang lebih senior.

“Kedudukan kita di tangga kelima keseluruhan turut memberi impak terbaik kepada kemajuan UniMAP di dalam pelbagai bidang bukan saja dalam bidang akademik tetapi juga dalam pentadbiran,” katanya.

Terdahulu pada Julai lalu, UniMAP telah mencipta nama dalam webometric dengan berada di tangga ke-14 di antara universiti di seluruh Asia Tenggara manakala carta ke-745 bagi universiti seluruh dunia.
Kedudukan itu membolehkan UniMAP berada di tempat ke-3 tertinggi di kalangan universiti di Malaysia, di belakang Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.


Tahniah diucapkan kepada seluruh warga UniMAP terutama kepada pasukan Laman Web Rasmi UniMAP yang telah bertungkus-lumus membaiki kedudukan laman web UniMAP dari masa ke semasa.

Kejayaan ini adalah kebanggaan bersama. Maju UniMAP !
( 16/9/2009 )


1 comment:

CR4 - Forum: Chemical & Material Science

Suite101: Engineering Articles

Boeing: News Releases

Moving Your World